Penglihatan Memerang kumis

Ahli-ahli sains terpukau oleh Memerang Kumis yang amat bijak dan sukar ditangkap. Hanya ada satu Memerang Kumis dalam kurungan di seluruh dunia, di Kemboja. Berbanding dengan Memerang Kecil (Aonyx cinerea) dan Memerang Licin (Lutrogale perspicillata) yang banyak terdapat di seluruh Malaysia, tiada sesiapa pun yang pernah melihat Memerang Kumis yang masih hidup di negara tersebut. Rekod-rekod tunggal di Malaysia ialah dua ekor mati yang ditemui di Nenasi, Pahang serta di Seberang Perak pada tahun 1990-an. Bagaimanapun pada 2010, memerang ini dijumpai semula di Sabah menggunakan satu siri perangkap kamera.[4]